SYA : Beautiful Nara Sepatutnya Menghormati Kebebasan Stephanie Liah

http://beautifulnara.com

 

http://beautifulnara.com/stephanie-liah-sudah-bercerai-bercinta-dengan-model-iran/

1. Pertama saya menghormati kebebasan Beautiful Nara sebagai seorang blogger yang bebas untuk menyampaikan pandangan beliau terhadap Stepahine Liah dalam tulisannya dalam blognya. Oleh itu , saya juga berharap kebebasan peribadi Stephanie Liah dan juga kebebasan saya mengenai pandangan saya terhadap pandangan dan tulisan Beautiful nara ( http://beautifulnara.com/stephanie-liah-sudah-bercerai-bercinta-dengan-model-iran/)juga dapat dihormati.

2. Soal cinta ada kalanya sememangnya merupakan perkara yang amat abstrak dan sukar untuk kita perdebatkan kerana ada kalanya tiada jangka masa yang boleh mengukur percintaan seseorang insan. Oleh itu , perceraian Stephanie Liah dan juga perhubungan cinta baharunya walaupun sepantas mana tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu isu.

3. Kita perlu menghormati pandangan peminat Stephanie Liah terhadap kehidupan peribadi beliau namun pada masa yang sama sebagai seorang peminat yang jitu dia juga sepatutnya menghormati kebebasan yang ada pada Stephanie Liah untuk memiliki ruangan kehidupan peribadinya yang tersendiri. Oleh itu , kebebasan untuk comment termaktub dalam kebebasan peminat Stepahnie Liah namun pada masa yang sama kebebasan Stephanie Liah untuk block mana – mana komentar dan individu juga merupakan kebebasannya yang tersendiri. Kepelbagaian kebebasan di sini perlu kita hormati.

4. Mengenai isu arak dan soal seni gambar juga merupakan sesuatu yang amat subjektif. Sekirannya mengambil pandangan segelintir masyarakat Malaysia maka perbuatan tersebut boleh juga dianggap sebagai over tetapi adalah amat tidak adil untuk mengambil pandangan Masyarakat Malaysia secara umumnya kerana bagi lain masyarakat yang kini beranggapan soal seni pergambaran bukanlah satu isu yang boleh dikategorikan sebagai over. Pandangan kesemua pihak perlu kita hormati walaupun ada yang saling berbeza pendapat.

5. Bagi saya , kehidupan peribadi Stephanie Liah perlu kita hormati termasuk ruangan privasi kehidupannya. Lagipun segala yang dicemuh terhadapnya hanya merupakan perbuatan individu yang tidak memusnahkan dan akan mengancam sesiapa. Jika pandangan anda tidak bersetuju dengan perbuatannya demi kebaikkannya maka anda seharusnya mengajar dan menasihatinya dengan baik dan bukannya mengritik dan mengecam dengan amat teruk sekali.

6. Hal ini disebabkan jika benar – benar kita hendak berbincang tentang SOAL NORMA MASYARAKAT MALAYSIA maka perbuatan mengritik , memburukkan orang lain , bergosip dan memasuki ruangan privasi orang juga bertentangan dengan normal dan nilai masyarakat Malaysia. Namun sekirannya kita percayai masing – masing perlu memiliki kebebasan mereka sendiri maka kebebasan ini tidak seharusnya mengecualikan kebebasan Stephanie Liah.

Share This Post

Recent Articles

Leave a Reply

You must be Logged in to post comment.

© 2014 SYA. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by WordPress · Designed by Theme Junkie