Analisis Politik : BN Bakal Tumbang di 3 Buah Negeri Lagi

 

PAKATAN

Oleh : Shen Yee Aun

Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah Hasbullah menjangkakan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Melaka dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang.
Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.

Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.

Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negerinegeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.

“Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang” katanya.

Analisis Politik SYA
Melaka
Melaka merupakan negeri dimana UMNO masih memegang rekod kemenangan 100%. Bukan mudah untuk Melaka tumbang dalam sekelip mata.  Lagipun tidak ada pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang karisma mereka boleh menandingi Ali Rustam di Melaka.
Perang psikologi kejatuhan Melaka kepada Pakatan Rakyat hanyalah strategi politik dari segi perang saraf. Jika tsunami Mac 2008 pun Melaka masih berkuasa maka apa logiknya kini Melaka akan tumbang?
Johor
Johor sebenarnya dari dahulu sehingga kini merupakan kubu kuat Barisan Nasional. Ramai pemimpin nasional UMNO dan MCA lahir dan memulakan kerjaya politik mereka dari Johor.
Apatah lagi kelebihan Barisan Nasional yang memiliki sokongan Sultan Johor secara tidak langsung di Johor.
Tidak dapat dinafikan banyak usaha dan masa digunakan oleh Pakatan Rakyat setelah Mac 2008 untuk menyerang kekuatan Barisan Nasional di Johor. Sebanyak sedikit sememangnya Johor akan sedikit beralih kepada Pakatan Rakyat namun angka ini tidaklah sebesar sehingga Johor boleh ditumbangkan. Lagipun segala serangan tidak dapat menjejaskan pengundi Melayu di Johor. Golongan pengundi yang akan terjejas adalah undi golongan bukan Melayu terutamanya pengundi Cina di kawasan bandar. Namun keseruluhan Johor masih akan kekal di tangan
Barisan Nasional. Masa adalah terlalu singkat untuk merampas Johor daripada Barisan Nasional.
Pahang
Sememangnya ada petanda – petanda Pahang akan kehilangan beberapa kerusi di beberapa buah kawasan ke tangan Pakatan Rakyat. Namun pada masa yang sama kerusi – kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada PR 12 dengan angka minoriti kecil juga berhadapan dengan kemungkinan dengan beralih kembali kepada Barisan Nasional pada PR 13 akan datang.
Peralihan undi di Pahang sememangnya akan lebih terjejas berbanding dengan Johor dan Melaka namun Pahang masih akan kekal di tangan Barisan Nasional.
Analisis Negeri Yang Berbahaya
Negeri Sembilan , Perak dan Terengganu
Ketiga – tiga  negeri ini adalah pertempuran 50% 50% antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Sokongan pengundi bukan Melayu di Perak dan Negeri Sembilan mungkin akan mengancam peluang Barisan Nasional dalam PR 13. Hanya sokongan Melayu yang mampu mengekalkan kelangsungan kuasa Barisan Nasional di Perak dan Negeri Sembilan.
Di Terengganu pula pengundi Melayu sedikit sukar diramal dan keadaan ini meletakkan Terengganu berada dalam pertempuran 50 % 50%.
Pulau Pinang
Pakatan Rakyat hanya akan selamat di negeri Pulau Pinang dengan sokongan pengundi Cina yang kebal buat masa kini. Namun PKR dan PAS kemungkinan besar akan berhadapan dengan kecederaan yang parah dengan kebangkitan sentimen Melayu di kawasan UMNO dan media UMNO sebenarnya sudah berjaya mempengaruhi menyuntik sentimen kemelayuan dalam pertempuran politik di Pulau Pinang.
Selangor
Di Selangor pula Barisan Nasional memiliki peluang 55% untuk menawan kembali Selangor kerana perubahan sokongan Melayu dan India di negeri ini. Kemungkinan besar Selangor akan tumbang kembali kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.
Kelantan
Sebenarnya Kelantan juga berhadapan dengan arus liberalisa dan modenisasi. Melayu sebenarnya sudah semakin terbuka. Percayalah jika PAS
tidak tumbang pada PR 13 pun akan berdepan dengan realiti kehilangan kuasa kepada BN dalam masa yang terdekat.
Faktor modenisasi dan liberalisi sudah melahirkan ramai golongan Melayu yang sebenarnya mula untuk menentang PAS secara dalaman yang dilihat sebagai terlalu tradisional .
Analisis Sokongan PR
1. Pengundi Muda
Memang tidak dapat dinafikan 70-90% pengundi muda akan memberi undi mereka kepada Pakatan Rakyat namun realitinya undi pengundi muda adalah terlalu kecil. Bantuan undi ini hanya akan memberi kelebihan sekirannya terdapat kawasan yang pertempuran mereka amat sengit. Realitinya ramai pengundi muda belum lagi mendaftarkan diri sebagai pengundi muda.
Namun sekirannya BN masih lagi gagal untuk memikat dan menawan hati golongan muda maka dalam PR 14 , 15 dan 16 kemungkinan akan meletakkan mereka dalam keadaan yang amat bahaya. Cuma dalam PR 13 dengan angka dan bilangan pengundi kini masih belum cukup lagi untuk menumbangkan BN walaupun sudah ada petanda – petanda BN berada dalam bahaya.
2. Media Alternatif
Faktor ini hanya akan mengancam kawasan – kawasan di bandar dan sebenarnya majoriti kawansan bandar sudah pun jatuh ke Pakatan Rakyat maka sebenarnya faktor ini bukanlah satu faktor yang boleh menjatuhkan BN kerana semamgnya kawasan bandar sudah popular dan banyak yang telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat bakal berdepan dengan kehilangan beberapa kerusi
1. Sokongan Melayu Kepada BN Terutamanya UMNO Sudah Semakin Meningkat
2. Pengundi India sudah beralih sokongan mereka kepada Barisan Nasional
3. Sokongan Pengundi Cina amat sukar untuk diramalkan

Share This Post

Recent Articles

Leave a Reply

You must be Logged in to post comment.

© 2014 SYA. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by WordPress · Designed by Theme Junkie